Ahmad Fadhli Shaari

KUALA LUMPUR – Padanlah orang kata, kerajaan ini paling tak guna dalam sejarah Malaysia.

Itu dakwaan Ketua Penerangan Pas, Fadhli Shaari yang menyindir pemimpin kerajaan Pusat yang ‘menabur’ janji di Nenggiri.

“Di Pilihan Raya Negeri (PRN) Terengganu diumum peruntukan untuk persatuan belia. Di PRK (Pilihan Raya Kecl) Kemaman, dikatakan BN (Barisan Nasional) bakal jadi ‘jambatan’ ke federal.

“Di PRK Sungai Bakap, dua projek besar diumum segera jika PH (Pakatan Harapan) menang.

“Semuanya rakyat tolak. Tetapi kerajaan terpaling reformasi senyap membisu melihat sahaja pelanggaran moral seperti ini,” ujar Ahli Parlimen Pasir Mas itu.

Dalam hantaran sama, Fadhli turut menyertakan keratan media kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkenaan rancangan pembangunan Nenggiri terutama di Kawasan Orang Asli. – MalaysiaGazette