Ismail Haniyeh mati pada 31 Julai 2024 selepas serangan yang dipercayai oleh Israel.

TEHRAN – Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh dilaporkan terbunuh di Iran pada hari Rabu, kata kumpulan pejuang Palestin Hamas dan Pengawal Revolusi elit Iran berkata dalam kenyataan berasingan.

Media antarabangsa melaporkan, Haniyeh terbunuh dalam ‘serangan khianat zionis’ ke atas kediamannya di Tehran.

Penampilan umum terakhir Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh di Tehran semalam semasa pertemuannya dengan Khamenei dan Al-Nakhalah.

Haniyeh sebelum ini dilaporkan menghadiri majlis angkat sumpah presiden baharu Iran pada hari Selasa.

“Awal pagi tadi, kediaman Ismail Haniyeh di Tehran telah diserang mengakibatkan dia dan salah seorang pengawal badannya mati syahid. Puncanya sedang dalam siasatan dan akan diumumkan tidak lama lagi,” kata Pengawal Revolusi. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast