Pemandangan Menara Eiffel dan laser yang menerangi langit semasa upacara pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024 pada 26 Julai 2024 di Paris, Perancis. Foto AFP

KUALA LUMPUR – Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyokong penuh kenyataan rasmi Al-Azhar Al-Sharif baru-baru ini yang mengecam adegan-adegan yang dipaparkan pada majlis pembukaan Sukan Olimpik 2024 Paris kerana menonjolkan unsur keterlaluan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, meskipun majlis pembukaan temasya sukan itu lain daripada yang lain, namun penganjur dilihat gagal menghiraukan sensitiviti kepelbagaian agama, budaya dan kepercayaan dunia sehingga menjejaskan suasana kemeriahannya.

“Pembukaan memperlecehkan kenabian yang suci dan agong atas nama kebebasan berkarya dan mencipta. Perkara ini mengundang kemarahan masyarakat global yang mengimpikan keharmonian sejagat dicapai melalui penganjuran ukan yang berprestij serta menjalin hubungan erat esama manusia,” katanya menerusi kenyataan.

Menurut Mohd Na’im, walaupun penganjur menafikan mempunyai agenda tertentu namun watak-watak dan adegan yang dipersembahkan jelas menunjukkan sebaliknya, bahkan tidak menghormati kepercayaan dan agama dan sikap kemanusiaan.

“Ini termasuk mempromosi unsur lerbian, gay, bisexual dan transgender (LGBT) yang bercanggah enggan agama dan budaya sebahagian besar masyarakat dunia dan satu tindakan yang berbahaya,” jelasnya.

Majlis pembukaan Sukan Olimpik 2024 baru-baru menerima kritikan masyarakat antarabangsa selepas secara terbuka mempamerkan LGBT. – MalaysiaGazette