Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah, Norlela Ismail.

PELABUHAN KLANG – Sebanyak 600 biji pil kuda atau yaba bernilai RM9,000 antara kontraban yang dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Tengah Unit II Selangor dalam serbuan pada 16 Julai lalu.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah, Norlela Ismail berkata, suspek cuba mengaburi mata penguatkuasa dengan menggunakan perkhidmatan bungkusan pos melalui udara.

“Dadah itu ditemui hasil pemeriksaan ke atas satu bungkusan plastik di Pusat Mel & Kurier, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Bungkusan itu mengandungi tiga paket berisi pil kuda/yaba disyaki dadah jenis Amphetamine yang disembunyikan dalam seluar jeans terpakai.

“Nilai dagangan dianggarkan berjumlah RM9,000 membabitkan kuantiti rampasan sebanyak 600 biji seberat 120 gram,” katanya pada sidang media di Pejabat Kastam Selangor, di sini, hari ini.

Beliau berkata, bungkusan itu yang diikrarkan sebagai pakaian bagi mengelak dikesan pihak berkuasa sebelum dihantar ke sebuah negara di Asia.

Sementara itu, Norlela berkata, pihak sedang mengenal pasti individu yang mengirim bungkusan pos itu.

“Siasatan awal mendapati bungkusan itu dikirim daripada seorang individu dari negeri Pantai Timur.

“Kami juga sedang mengesan alamat penghantar berdasarkan butiran lokasi yang tertera di dalam bungkusan pos udara terbabit,” katanya.

Katanya, kes disiasat di bawah Sekysen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan boleh dijatuhkan hukuman sebat tidak kurang 12 sebatan sekiranya tidak dijatuhkan hukuman mati,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast