KUALA LUMPUR – Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah melakar sejarah apabila mara ke separuh akhir Sukan Olimpik Paris 2024 selepas menewaskan pasangan Korea Selatan, Kim So Yeong-Kong Hee Yong.
Kejayaan menundukkan pemenang pingat gangsa edisi lalu di Porte De La Chapelle Arena itu menyaksikan pasangan tersebut muncul beregu wanita pertama negara mara ke separuh akhir Sukan Olimpik.
Dalam aksi suku akhir itu, Pearly-Thinaah selesa mendahului 10-3 dan menampilkan corak permainan agresif berterusan yang menyaksikan mereka berjaya menamatkan set pertama dengan kemenangan bergaya 21-12.
Namun Vivian-Khe Wei ketika itu gagal ke separuh akhir apabila tewas di tangan pasangan Jepun, Misaki Matsutomo-Ayaka Takahashi.
Pearly-Thinaah bakal berdepan cabaran getir di separuh apabila akan menentang Qing Chen-Yi Fan dari China yang mudah menewaskan pasangan Bulgaria, Gabriela Stoeva-Stefani Stoeva 21-15, 21-8. – MalaysiaGazette