Edmund Chu, Desmond Chong, Pengurus Kanan Pemasaran TSS Hee Kok Thai dan Ketua Barang Dagangan dan Rangkaian Stor TSS Wouter Wu di majlis perasmian bilik pameran TSS yang baharu.

KUALA LUMPUR – Toshiba Sales & Services Sdn. Bhd. (TSS) melabur RM500,000 untuk menaik taraf bilik pameran baharu.

Serentak dengan pelancaran itu juga TSS turut mengumumkan pelancaran Kempen Beyond Details Beli & Menang bermula dari 1 Ogos 2024 hingga 15 Januari 2025, yang mana pemenang berpeluang untuk memenangi Lexus ES250 Premium bernilai RM350,000 hanya dengan membeli produk Toshiba.

Pengurus Besar TSS, Desmond Chong berkata, Kempen Beyond Details Beli & Menang adalah peluang yang mendebarkan untuk memberi kembali kepada pelanggan yang luar biasa yang telah menyokong kami selama ini.

“TSS sangat teruja untuk menawarkan mereka peluang untuk memenangi hadiah-hadiah hebat sebagai tanda penghargaan kami yang tulus di atas kesetiaan dan kempen ini adalah cara untuk menunjukkan rasa terima kasih kami,” katanya.

Beliau menambah, pelaburan setengah juta dalam menaik taraf bilik pameran TSS adalah bukti dedikasi untuk meningkatkan pengalaman pelanggan di Malaysia.

Bilik pameran yang baru diubah suai kini menawarkan inovasi terkini Toshiba, yang kini mempamerkan peti sejuk slot-masuk inovatif Gaya JAPANDi; mesin basuh; mesin basuh pinggan mangkuk; pemanas air; dan peralatan rumah kecil termasuk ketuhar gelombang mikro, ketuhar pembakar roti, periuk nasi dan cerek.

Chong berkata, TSS kekal teguh dalam komitmennya untuk menyediakan pengalaman terbaik untuk penggunanya dan akan terus bekerja tanpa jemu ke arah inovasi dan kecemerlangan, memastikan produk dan perkhidmatan TSS melebihi jangkaan pelanggan dan menetapkan piawaian industri baharu.

Pada hari ini juga TSS turut melancarkan Kempen Sama-Sama Gemilang yang berlangsung dari 1 Ogos 2024 hingga 30 September 2024.

Di dalam kempen ini, pengguna yang membeli barangan terpilih yang terdiri daripada peti sejuk, mesin basuh, pengering atau mesin basuh pinggan mangkuk, layak membeli pembakar roti elektrik atau pengisar pada harga RM1 menerusi tawaran pembelian menerusi pembelian (PWP). – MalaysiaGazette