KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Pusat Penjaja Lucky Garden, Bangsar hari ini.
Beliau tiba pada jam 12.30 tengah hari ini berbaju Melayu berona hijau cair.
Turut hadir, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid.
Anwar sempat beramah mesra dengan peniaga dan pelanggan di pusat penjaja berkenaan.
Perdana Menteri itu meluangkan masa lebih kurang 30 minit sebelum bergerak ke Masjid Negara untuk menunaikan solat Jumaat.- MalaysiaGazette