KUALA LUMPUR – Global Unity Network yang mengendalikan program Lawatan Harmoni Terbimbing untuk guru-guru agama dakwah, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) ke Kuil Sri Maha Kaliamman di Kampung Kasipillay dekat ini, baru-baru ini memohon maaf jika ada terdapat salah tanggapan yang berlaku di atas inisiatif ini.
Permohonan maaf itu dibuat selepas tular video yang memaparkan rombongan para peserta dewasa lelaki dan wanita yang memakai pakaian bertema bendera Perak di kuil tersebut pada 31 Julai 2024.
Rombongan ini juga menyaksikan acara keagamaan yang berlangsung di kuil tersebut.
Bagaimanapun, video yang tular itu mencetuskan pelbagai kebimbangan para netizen apabila seorang wanita dari JAIPk berkata banyak persamaan di antara agama Hindu dan Islam.
Lantaran itu, mereka mempersoalkan apakah agenda program yang dilakukan oleh JAIPk dan tidakkah menteri agama dan mufti menegur perbuatan ini.
Ketua pegawai operasinya, Zain Hussin Aljoofre dalam kenyataan permohonan maaf itu berkata, program lawatan terbimbing ini merupakan inisiatif penting dalam memupuk kesedaran, kefahaman dan perpaduan antara pelbagai agama di Malaysia.
“Unity dengan rendah diri ingin memohon maaf jika ada terdapat salah tanggapan yang berlaku di atas inisiatif ini.
Menurutnya, dalam usaha untuk melatih guru agama dakwah ini, Unity telah membimbing Guru Agama Dakwah JAIPk dengan 5 siri kursus Dakwah Harmoni yang diakhiri dengan Lawatan Harmoni Terbimbing ke rumah-rumah ibadah agama lain.
“Unity percaya menerangkan Islam kepada bukan Muslim memerlukan metodologi dan skil yang berbeza. Di samping itu, Malaysia memerlukan lebih ramai pendakwah yang menggunakan pendekatan harmoni dalam menguruskan isu berbeza pandangan sama ada sesama Islam atau antara agama.
“Unity berhasrat berhasrat untuk melahirkan guru agama dakwah yang berupaya menjadi ejen penyatuan ummah. Antara topik dan modul yang telah dibawakan dalam kursus Dakwah Harmoni ialah menyampaikan Islam kepada bukan Islam, asas usul fiqah, asas qawaid fiqhiyyah asas Maqasid Syariah dan lawatan hrmoni terbimbing,” katanya dalam satu kenyataan.
Dalam kenyataan itu, Zaini berkata, setiap agama adalah tidak sama dan sebagai orang Islam, kita yakin Islam ialah agama yang syumul, justeru program lawatan harmoni terbimbing ini dijalankan dengan tujuan untuk mengatasi salah faham, prejudis dan memperbaiki salah tanggapan terhadap ajaran Islam, sambil menekankan nilai-nilai moral bersama yang dapat diterima oleh semua.
Katanya, program ini telah dikendalikan oleh Bro Shah Kirit Kakulal Govindji (Tokoh Maulidur Rasul Kebangsaan – 2012) dan pasukan Unity sejak lebih daripada 20 tahun lagi.
Tambah beliau, dalam membimbing peserta Guru Agama Dakwah ini, Unity telah menggunakan garis panduan yang ditetapkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan Jabatan Mufti Negeri Perlis. – MalaysiaGazette
Kemungkinan manusia yg membuat lawatan itu tidak faham bahawa Agama disisi ALLAH adalah Islam. Bertaubatlah jgn sampai disuruh bersyahadah kembali untuk mengakui bahawa tiada Tuhan yg disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah
Innadim naindallah al Islam. Bertaubatlah sebelum terlambat.
Ramai org Islam tetapi kafir…
Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Segeralah beramal sebelum datangnya fitnah seperti malam yang gelap gelita. Di pagi hari menjadi orang yang beriman, lalu kafir di petang harinya, atau, beriman di petang hari, lalu kafir di pagi harinya. Dia menjual agamanya dengan barang kenikmatan dunia.” (HR Muslim).
Ramai yg tidak sedar yg dia menjadi kafir…jgn ingat anda org melayu dh islam,sebenarnya anda kafir……Islam pada nama dan bangsa ttp kafir disisi agama.
Beginilah keadaan negara dipimpin oleh si munafiq….