Tindakan Meta Platforms Inc (Meta) menurunkan ucapan takziah dan kritikan atas pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh daripada platform media sosial miliknya dikatakan bukan dilakukan Meta Asia Tenggara, tetapi oleh pengurusan tertinggi syarikat itu.

Perkara berkenaan dimaklumkan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, hasil daripada siri perbincangan beliau dengan beberapa pegawai Meta pada peringkat Asia Tenggara.