Dua wanita berusia 25 dan 38 tahun ditahan susulan perang mulut kerana berebut parkir di sebuah Pasaraya Sunshine di Kepala Batas, Pulau Pinang sehingga tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abd Rahman berkata, penahanan mereka dibuat semalam selepas pihaknya menerima dua laporan berkait kejadian pada 29 dan 30 Julai.