Polis merampas beberapa peralatan darjah kebesaran susulan siasatan polis ke atas seorang pengarah sebuah syarikat telekomunikasi yang disyaki menggunakan gelaran Datuk Seri yang belum dikurniakan dari Sultan Pahang.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata siasatan ke atas lelaki itu dijalankan susulan daripada laporan polis yang diterima dari Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang, baru-baru ini.