Para peserta Iniasiatif Sejuta Harapan bergambar kenangan di penghujung program.

SHAH ALAM – Seramai 35 orang pesakit kemurungan klinikal (Major Depressive Disorder, MDD) telah berkumpul dalam program “Inisiatif Sejuta Harapan” yang diadakan di Nak Cikit Picnic Space, Setia Alam di sini, baru-baru ini.

Program yang julung kali diadakan ini merupakan usaha proaktif NGO Empati (Kelab Advokasi Pulih Mental) dengan kerjasama dan sokongan daripada Jabatan Perdana Menteri.

Menurut Pengasas dan Presiden NGO Empati, Syahida Zulkarnain, inisiatif ini dilakukan susulan dapatan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan Morbiditi 2023 yang mendapati sejuta rakyat Malaysia berusia 15 tahun dan ke atas mengalami kemurungan.

“Program ini bertujuan untuk menyediakan platform untuk para pejuang bersosial secara sihat, selain memberi peluang untuk membina sistem sokongan yang berkala dan khusus untuk pesakit yang memerlukan.

“Aktiviti dimulakan dengan aktiviti piknik tertutup yang digelak Picnic Inspirasi yang santai namun penuh informasi dan ilmiah kerana seorang pendukung kesihatan dan juga penulis buku, Aiman Amri dijemput sebagai penceramah utama,” katanya.

Peserta mendengar perkongsian Aiman Amri.

Program dimulakan dengan sesi ice breaking sebelum beralih kepada penerangan tentang analogi kesihatan mental.

“Para peserta kemudiannya akan terlibat dengan aktiviti berkumpulan untuk membezakan kesan-kesan kemurungan kepada pesakit selain didedahkan dengan bentuk-bentuk trigger berbeza bagi setiap orang dan cara mengatasinya.

“Sistem sokongan ini menggunakan teori Dr Irvin Yalom yang meletakkan 11 prinsip yang perlu ada dalam sesebuah sistem sokongan, termasuklah prinsip cohesiveness.

“Kami berharap program ini dapat memberi manfaat dan impak kepada mereka yang memerlukan selain memastikan Insiatif Sejuta Harapan akan terus berjaya,” tambahnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast