Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

KUALA LUMPUR – Seorang lagi suspek kes samun di sebuah rumah di Jalan Sungai Pening, Kampung Pasir, Semenyih menyerah diri hari ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek yang merupakan orang awam telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang.

Suspek berkenaan direman tujuh hari bermula hari ini hingga 8 Ogos depan bersama seorang lagi yang merupakan anggota polis.

“Suspek orang awam ini direman bersama satu lagi suspek penjawat awam pada hari ini di Mahkamah Kajang,” katanya menerusi kenyataan.

Menurut Hussein, sehingga kini, empat orang suspek telah ditahan bagi membantu siasatan.

Beliau turut menasihati orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes tersebut supaya hadir ke IPD Kajang bagi membantu siasatan.

Semalam dilaporkan tiga anggota polis terlibat dengan kes samun di sebuah rumah di Jalan Sungai Pening, Semenyih. -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

3 anggota polis disyaki terlibat samun di Kampung Pasir, Semenyih