KUALA LUMPUR – Selepas kejayaan penganjuran Eksplorasi Merdeka pada tahun-tahun sebelumnya, Rapid KL tampil sekali lagi dengan Eksplorasi Merdeka Rapid KL 3.0 (EMRKL 3.0) yang menjanjikan pengalaman lebih menarik dan meriah kepada para peserta.

Rapid KL akan membawa peserta mengimbau kembali sejarah kemerdekaan negara, dengan diselitkan imbasan Rapid KL sejak awal pembukaannya yang juga menjadi tulang belakang utama dalam menggerakkan pertumbuhan ekonomi dan sosial khususnya di Kuala Lumpur.

Penganjuran acara tahunan ini lebih bermakna kerana selain meraikan sambutan Bulan Kemerdekaan, selain turut meraikan ulang tahun Rapid KL yang ke-20.

Pelbagai evolusi telah dilaksanakan Rapid KL sepanjang dua dekad dalam mentransformasikan pengangkutan awam di Kuala Lumpur.

EMRKL 3.0 akan diadakan pada 24 Ogos 2024 di Dataran Muzium Negara, bakal mengetengahkan aktiviti sukan dan budaya disepanjang jajaran rel dan bas Rapid KL.

Peserta berpeluang meneroka sejarah dan mempelajari budaya melalui pameran, kuiz, dan aktiviti interaktif.

Pada tahun ini, Dataran Muzium Negara dipilih sebagai lokasi pelepasan peserta.

Pemilihan lokasi ini untuk mempromosikan tempat-tempat mercu tanda Kuala Lumpur kepada generasi muda. Banyak lokasi bersejarah dan menarik di pusat bandar yang boleh diakses menerusi pengangkutan awam.

Hadiah berupa wang tunai bakal menanti pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga.

Peserta juga bakal berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik bagi cabutan bertuah.

Maklumat lanjut dan borang pendaftaran boleh didapati di laman sesawang https://myrapid.com.my/emrkl3. Rapid KL menyaran agar peserta yang berminat untuk segera daftar kerana tempat adalah terhad. – MalaysiaGazette