Israel Tahan Imam Masjid Al-Aqsa Selepas Berdoa Untuk Ismail Haniyeh #MGFlash

Satu video di laman X Eye On Palestine memaparkan Imam Masjid Al-Aqsa, Sheikh Ikrima Sabri, 85 tahun, ditahan pasukan perisikan Israel dalam satu serbuan di rumahnya di Baitulmaqdis pada Jumaat.

Menurut laporan antarabangsa, Sheikh Ikrima Sabri ditahan selepas beliau berdoa ketika khutbah Jumaat di Masjid Al-Aqsa untuk Ketua Biro Politik Hamas, Allahyarham Ismail Haniyeh, yang dibunuh pada Rabu lalu.