Kamaruddin Md Noor

KUALA LUMPUR – Tindakan mengalih sokongan sebagaimana dilakukan oleh 480 ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Dewan Undangn Negeri (DUN) Nenggiri semalam adalah perkara tidak mengejutkan, sebaliknya ia menjadi rutin biasa setiap kali berlaku pilihan raya kecil (PRK).

Malah, tindakan kumpulan terbabit tidak menjejaskan sokongan kepada calon Bersatu mewakili Perikatan Nasional (PN), Mohd Rizwadi Ismail yang bertanding pada PRK BUN Nenggiri menggunakan logo Pas, kata Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Kamaruddin Md Noor.

“Lebih baik mereka berpindah parti daripada menjadi gunting dalam lipatan,” katanya lapor Harian Metro Online.

Semalam media melaporkan, seramai 480 ahli Bersatu di Dun Nenggiri mengambil keputusan beralih sokongan kepada UMNO.

Mereka semua adalah ahli daripada 12 cawangan Bersatu yang terdapat di DUN berkenaan. – MalaysiaGazette

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast