A Palestinian boy reacts as others survey the damage following Israeli military bombardment of the UNRWA (United Nations Relief and Works Agency for Palestine Refugees) run Abu Araban school, turned shelter, where internally displaced Palestinians are living, in the Nuseirat refugee camp, in the central Gaza Strip on July 14, 2024, amid the ongoing conflict between Israel and the Palestinian Hamas militant group. Photo AFP

GAZA- Lebih lima orang penduduk Gaza disahkan terkorban dan angka itu dijangka terus meningkat selepas rejim pengganas Zionis menyerang kawasan di sekitar Hospital al-Aqsa.

Quds News Network melaporkan, serangan terbaharu itu dilancarkan sekitar jam 7 pagi waktu Malaysia.

Serangan berkenaan turut mengakibatkan puluh rakyat Palestin yang lain mengalami kecederaan.

Dalam satu lagi perkembangan lain, sekurang-kurangnya 17 orang termasuk kanak-kanak maut, manakala lebih 60 lagi tercedera akibat serangan udara oleh tentera Zionis ke atas sebuah sekolah yang menempatkan pelarian di kawasan kejiranan Sheikh Radwan di barat bandar Gaza.

Jurucakap agensi Pertahanan Awam Gaza Mahmud Bassal dilaporkan berkata, kawasan itu menempatkan penduduk Palestin yang dipindahkan dari kediaman mereka susulan peperangan berterusan antara Israel dan pejuang Hamas.-MalaysiaGazette