Ibu Pejabat Polis Bukit Aman

KUALA LUMPUR – Bukit Aman mengumumkan pertukaran seramai 12 pegawai kanan Polis Diraja Malaysia yang berkuatkuasa 2 September depan.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Polis Malaysia Senior Asisten Komisioner Datuk Kamaruzaman Abdullah dalam satu kenyataan.

Mendahului senarai pertukaran pegawai kanan PDRM adalah Timbalan Pengarah (PDRM) Seksyen Penyelarasan dan Risikan Pusat Pengurusan Operasi Negara Majlis Keselamatan Negara Jabatan Perdana Menteri Asisten Komisioner Pahruradzi Abd Rahman.

Pahruradzi akan bertukar ke Bukit Aman sebagai Ketua Penolong Pengarah (Krisis dan Bencana) Bahagian Gerakan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner (SAC).

Manakala Komander Markas Pasukan Polis Marin Wilayah Empat JKDNKA Kota Kinabalu Sabah Asisten Komisioner Ahmad Ariffin akan bertukar sebagai Ketua Staf Pasukan Siasatan Khas/Teknikal Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) Kementerian Dalam Negeri dan akan memangku pangkat sebagai SAC.

Dalam pada itu Ketua Penolong Pengarah Pasukan Gerakan Am Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Asisten Komisioner Shaiful Azmi@Hussein Omar terus dikekalkan di jawatan sama dan akan memangku pangkat SAC selepas ini.

Sementara, Penolong Pengarah (D4) Central Criminal Intelligence Unit (CCIU)/Rekod Jenayah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Asisten Komisioner Azlan Abu bertukar sebagai Ketua Penolong Pengarah (Pengurusan Aduan) Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman dengan memangku pangkat SAC.

Tambah Kamarulzaman lagi, Penolong Pengarah (D5) Pendakwaan Undang-undang JSJ Bukit Aman Asisten Komisioner Mohd Fazley Ab Rahman pula akan bertukar sebagai Ketua Pusat Pengajian Sains Penyiasatan dan Pendakwaan Maktab PDRM Kuala Lumpur dengan memangku pangkat SAC.

Selain itu, Pegawai Turus Teknikal 69 Komando Pasukan Gerakan Khas JKDNKA Ulu Kinta Perak Superintendan Andrew Gani Anak Jimmy pula bertukar sebagai Timbalan Komander Zon Timur Briged Sabah Pasukan Gerakan Am JKDNKA Kinarut Sabah dengan memangku Asisten Komisioner.

Manakala Superintendan Rajab Ahad Ismail yang juga bekas Ketua Polis Daerah Wangsa Maju kini dilantik sebagai Pegawai Pemerintah Batalion 19(Kawalan Keselamatan) Briged Tengah PGA JKDNKA Cheras Selangor dengan memangku pangkat Asisten Komisioner.

Kini Rajab sedang menyandang jawatan Pegawai Pemerintah Batalion 16 Briged Sabah Pasukan Gerakan Am JKDNKA Kinarut Sabah.

Dalam satu lagi perkembangan sama, Pegawai Turut E4 Cawangan Khas Kontinjen Pulau Pinang Superintendan Jalaludin Ahamad Zainuddin bertukar ke Kontinjen Kelantan sebagai Timbalan Ketua Cawagan Khas Pengurusan dan Kordinasi dengan memangku pangkat ACP.

Manakala Superintendan E2C1 Cawangan Khas Bukit Aman Superintendan Hisham Mohd Den pula akan bertukar sebagai Pegawai Turus E3A3 Cawangan Khas Bukit Aman dengan memangku ACP.-MalaysiaGazette