Jabal yang bermaksud bukit, menyendiri kerana tidak tersambung dengan bukit-bukit lain. Ia menyimpan sejarah penting dalam Islam kerana menjadi saksi perjuangan Rasulullah SAW dan para sahabat dalam menyebarkan ajaran Islam.
Bukit ini menjadi tempat terjadinya perang Uhud yang melibatkan antara kaum muslim dengan kaum kafir Quraisy. Perang Uhud terjadi pada tahun ke-3 Hijrah, dan merupakan perang ‘luar kota’.
Perang Uhud awalnya melibatkan pasukan muslim sekitar 1000 orang tetapi 300 daripadanya mengundurkan diri dan kembali ke Madinah. Maka, sejumlah 700 orang muslim melawan pasukan kafir sebanyak 3000 orang. Dalam pertempuran tersebut, sebanyak 70 kaum muslimin gugur syahid. Bukit Uhud adalah salah satu dari gunung-gunung di syurga.
Dalam peperangan itu tentera Islam mengalami kekalahan kerana pasukan yang berkubu di Bukit Uhud melanggar arahan Baginda Rasulullah supaya tidak meninggalkan tempat masing-masing mengakibatkan 70 pejuang Islam mati syahid pada Syawal Tahun Ketiga Hijrah termasuk bapa saudara Rasulullah, Saidina Hamzah Abdul Mutalib di Lembah Bukit Uhud, Madinah, Arab Saudi.