Muhammad Hairi Amin

KUALA LUMPUR – Penyanyi rap dan juga pelakon, MK kini bergelar bapa selepas isteri, Siti Hajaar Syeikh Nordin selamat melahirkan bayi perempuan mereka, semalam.

Berita gembira itu dimaklumkan MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin, 28, menerusi perkongsian di Instagram.

Melalui hantaran itu, MK meluahkan rasa syukur dan menyifatkan kehadiran puteri sulungnya itu sebagai anugerah terindah daripada Allah.

“Alhamdulillah, Ya Allah! Hari ini (semalam) 3 Ogos 2024 isteri saya (Hajaar) selamat melahirkan seorang puteri,” tulisnya.

Beliau turut memuat naik video pendek yang memaparkan momen manis majlis perkahwinan mereka.

Menjengah di ruangan komen, ramai rakan selebriti dan pengikut mengucapkan tahniah kepada pasangan suami isteri itu.

MK dan Siti Hajaar mendirikan rumah tangga pada 16 Jun tahun lalu di Ampang. – MalaysiaGazette