Bangunan Wisma Putra Kementerian Luar Negeri di Putrajaya. Foto HAZROL ZAINAL, 18 APRIL 2022.

KUALA LUMPUR- Rakyat Malaysia yang menetap atau berkunjung ke United Kingdom dinasihatkan untuk menjauhi kawasan-kawasan terlibat protes susulan kejadian tikam di Southport, 29 Julai lalu.

Kementerian Luar Negeri melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London, United Kingdom berkata, ia sedang memantau dengan rapat siri protes yang berlaku di beberapa kawasan di negara tersebut.

“Rakyat Malaysia juga perlu sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan terkini serta panduan yang diberikan oleh pihak berkuasa tempatan,” katanya.

Sementara itu, Wisma Putra menasihatkan rakyat Malaysia yang belum mendaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Londonuntuk melakukannya segera bagi memastikan mereka menerima maklumat dan bantuan yang tepat pada masanya.

Mereka yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi melalui butiran berikut:

SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA DI LONDON

Alamat:                       45 – 46 Belgrave Square, London, UK

No. Telefon:                +44 20 3931 6196, +44 20 7235 8033

Emel:                        [email protected]

-MalaysiaGazette