Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Himpunan Malaysia Bersama Palestin di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Foto QURRATU AINI, 24 OKTOBER 2023.

KUALA LUMPUR – Disebalik dunia yang tidak mempedulikan kezaliman dan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa Malaysia akan terus lantang menyokong negara tersebut.

Jelas Anwar, Malaysia akan tetap bersama-sama dengan rakyat Palestin dan menentang keganasan rejim zionis Israel.

“Dunia mungkin membisu tetapi Malaysia akan terus lantang bersuara menentang penderitaan dan kesengsaraan dihadapi rakyat Palestin demi sebuah kebebasan serta kemerdekaan mutlak daripada rejim Zionis Israel.

“Dari sungai ke segara, Palestin pasti merdeka!,” kata Anwar di laman Facebooknya, hari ini.

Sebelum ini, dua hantaran Anwar diturunkan pengendali aplikasi Facebook, Meta Platforms Inc (Meta) mengenai pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh.

Sebelum ini, Menteri Komunikasi Ahmad Fahmi Fadzil berkata, Anwar telah menerima permohonan maaf Meta berhubung tindakan mereka memadam hantaran Facebook miliknya berkenaan ucapan takziah kepada keluarga Haniyeh.

Fahmi berkata, di sebalik “penjelasan terkial-kial” oleh wakil Meta yang tidak mampu memberi penjelasan semasa pertemuan dengan Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Sebelum ini, Meta dalam satu kenyataan memohon maaf atas tindakan memadam hantaran perdana menteri di media sosial Facebook dan Instagram atas alasan kesilapan operasi.

Hantaran yang dipadam itu adalah mengenai pertemuan Anwar dengan Haniyeh pada Mei lalu dan perdana menteri mengutuk pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas itu minggu lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast