Ketibaan skuad badminton Malaysia setelah memenangi pingat gangsa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1, pagi ini. Foto SADIQ SANI, 7 OGOS 2024

SEPANG – Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia Rexy Mainaky meminta maaf kepada rakyat Malaysia atas kegagalan mencapai sasaran emas dalam acara badminton seperti yang ditetapkan di Olimpik Paris 2024.

Bagaimanapun, Rexy tetap berpuas hati dan gembira dengan keseluruhan persembahan yang dipamerkan oleh anak buahnya, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik pada temasya kali ini.

“Dari segi capai sasaran saya kecewa dan sebagai coach saya meminta maaf kerana tidak dapat mencapai target (emas), tapi dari segi persembahan saya puas hati dan gembira kali ini pulang dengan dua gangsa.

“Kalau ditanya kelekaan atau kekuranganya, tiada banyak perbezaan..yang saya lihat hanya dari segi membuat keputusan salah pada saat sangat crucial (saat getir) kutip mata mereka gagal.

“Itulah perkara kecil yang dapat dilihat di atas gelanggang..kita bukan cakap pasal luar gelanggang. Dari segi ‘counter attack‘ mereka kurang bernasib baik untuk matikan permainan,” ulas beliau ketika ditemui pemberita di Balai Ketibaan KLIA Terminal 1 hari ini.

Mengulas desakan warga netizen yang mengkritik dan meminta beliau mengajar di Indonesia ekoran kekalahan teruk pasukan negara itu di Paris, Rexy berkata buat masa ini beliau tidak memikirkan mengenainya.

“Buat masa ini saya belum fikirkan pasal itu (balik ke Indonesia) sebab rumah saya di sini (Malaysia)..kalau kontrak saya tamat dan BAM mahu melanjutkan kontrak lagi, saya mahu terus kekal di sini,” tegasnya.

Tambahnya, beliau tiada lagi masa untuk berehat dan perlu memulakan persiapan ke temasya Los Angelas 2028 dari sekarang.

Pingat gangsa yang dimenangi oleh skuad badminton negara tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, pagi ini. Foto SADIQ SANI, 7 OGOS 2024

Katanya, beliau sudah mengadakan perbincangan mengenai perkara berkenaan dengan Menteri Belia dan Sukan (Hannah Yeoh) dan BAM tentang segala persiapan untuk empat tahun akan datang perlu bermula dari sekarang juga.

Beliau tidak mahu pihaknya menekan butang panik semasa tempohnya berbaki setahun sahaja bersiap ke temasya LA 2028 nanti.

“Dari sekarang kita perlu bangkit dari kesilapan dengan melihat negara seperti China pendekatan mereka dari segi latihan, kecergasan fizikal pemain an sebagainya secara lebih berani.

“Saya cuma lihat pemain kita perlu memperbaiki kemahiran mereka dari segi membuat keputusan akhir di lapangan (final decision on court) secara pintar untuk mata kemenangan.

“Penyelesaiannya kita juga perlu menganalisa apa yang perlu diimplimentasikan kelak untuk memperbaiki mutu permainan pemain ita dan sekadar cakap mulut sahaja tanpa implimen tidak berguna.

“Kita perlu pandang kepada pasukan kuat seperti China, Indonesia, Korea dan Jepun bagaimana mereka mengatur strategi untuk mencapai sasaran dan kena menutup jurang perbezaan itu dengan kadar segera sekiranya mahu melihat hasilnya,” tegasnya lagi. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast