Wan Ahmad Fayhsal.-Foto MOHD ADZLAN, 10 SEPTEMBER 2023.

KUALA LUMPUR – Laporan yang mendakwa syarikat kenderaan elektrik (EV) milik Elon Musk tidak mahu membuka kilang di Malaysia disambut dengan sinis oleh pembangkang.

Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mempersoalkan sama ada kerajaan telah ditipu oleh pemilik Testla itu ketika persidangan video dengan Musk pada 14 Julai lalu.

“Masa buat pengumuman ini kerajaan kena tipu dengan Elon Musk ke? Maklumlah bagi macam-macam insentif potongan cukai itu ini kepada Tesla.

“Tak mungkin semua pekerjaan ini dicipta tanpa ada kilang pengeluaran? Lain kali jangan meloncat dan beri harapan palsu!” kata Wan Ahmad Fayhsal.

Julai lalu media melaporkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerjasama kerajaan Malaysia dengan Musk yang merupakan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla Inc dan SpaceX akan membuka puluhan ribu peluang pekerjaan tenaga mahir di negara ini.

Testla dilaporkan tidak akan membina kilang pengeluaran kenderaan EV sama ada di Malaysia, Thailand mahu pun Indonesia.

Sementara Tengku Zafrul semalam pula berkata, Tesla tidak pernah membuat komitmen untuk membuka kilang di Malaysia.

Menerusi hantaran di platform X, beliau menjelaskan, MITI ada mengadakan perbincangan dengan Musk dalam usaha menarik pelaburan tetapi bukan membabitkan perkara itu.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast