ARAFAH – Rasa rindu kepada Nabi Muhammad SAW dan mahu mengejar doa makbul antara faktor utama sebahagian besar jemaah haji yang berwukuf di Arafah mahu ke Jabal Rahmah.
Selain beribadah, mereka mahu mengenang kembali zaman ketika Nabi Muhammad SAW menyampaikan khutbah terakhir di bukit padang pasir itu.
Jabal Rahmah juga sering dikunjungi oleh jemaah haji dan umrah sebagai sebahagian dari perjalanan mereka. Banyak orang mengunjungi bukit ini untuk berdoa serta beribadah kepada Sang Pencipta.
Terdapat 3 peristiwa penting dalam sejarah islam di Jabal Rahmah dimana yang pertamanya adalah tempat menjadi saksi pertemuan Nabi Adam dan Hawa setelah diusir dari syurga dan mereka meminta pengampunan dari Allah SWT.
Jabal Rahmah adalah sebuah bukit yang terletak di Arafah, Mekah, Arab Saudi, dan bukit inilah Nabi Ibrahim diuji cintanya kepada Allah SWT dengan diperintahkan mengorbankan putra kesayangannya, Ismail. Serta peristiwa ketiga adalah tempat turunnya ayat ketiga surat Al-Maidah.