PARIS – Perjalanan pelumba berbasikal trek wanita negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri yang membuat penampilan sulung di pentas Olimpik Paris 2024, berakhir pada pusingan repechages 1/32 acara pecut di National Velodrome sebentar tadi.
Pelumba berusia 20 tahun yang kelihatan ‘terkepung’ sebaik perlumbaan dimulakan, hanya mampu mengejar untuk berada di kedudukan kedua di belakang pelumba Kanada Lauriane Genest, ketinggalan 0.059 saat (s).
Riyu Ohta dari Jepun di tempat ketiga (+0.326s) pada perlumbaan saringan empat itu.
Hanya pemenang setiap saringan layak ke pusingan akhir 1/16.
Pada Rabu (7 Ogos), Nurul Izzah Izzati terlepas peluang ke suku akhir acara keirin di Sukan Olimpik Paris 2024, apabila menamatkan saingan di tempat ketiga pusingan repechage. – Bernama