Muhammad Yunus (Kiri). - AFP

DHAKA – Pemenang Hadiah Nobel, Muhammad Yunus mengangkat sumpah jawatan Khamis untuk mengetuai pentadbiran peralihan 17 anggota di Bangladesh.

Pelantikan itu berlaku selepas beberapa minggu protes yang membawa kepada kejatuhan kerajaan Liga Awami pimpinan Perdana Sheikh Hasina.

Presiden Bangladesh Mohammed Shahabuddin menyelaras acara angkat sumpah kepada Yunus, 84, dan pasukannya di pejabat presiden di Dhaka.

Jawatan ketua kerajaan peralihan secara rasmi dipanggil “ketua penasihat” dan kebanyakan ahli kerajaan peralihan adalah teknokrat.

Pasukan itu juga termasuk dua individu daripada kumpulan pelajar yang mengetuai protes yang memaksa Hasina meletak jawatan dan melarikan diri ke India pada Isnin.

Anggota 16 penasihat itu ialah: Saleh Uddin Ahmed, bekas gabenor bank pusat Bangladesh; Brig. Jeneral (bersara) M Sakhawat Hossain; Asif Nazrul, seorang guru di Universiti Dhaka; Adilur Rahman Khan, seorang pembela hak asasi manusia; Syeda Rezwana Hasan, peguam dan pencinta alam sekitar; Hasan Arif, Touhid Hossain, Supradeep Chakma, Dr Bidhan Ranjan Roy, AFM Khalid Hasan

Turut menjadi anggota pemimpin Islam Andolan Party; Nurjahan Begum, pemegang amanah Grameen Telecom; Sharmeen Murshid, Farooqui Azam, Farida Akhtar, seorang aktivis hak wanita; dua penyelaras gerakan pelajar Md Nahid Islam dan Asif Mahmud Shojib Bhuiyan.

Panglima tentera Jeneral Waker-uz-Zaman telah mengumumkan pembentukan kerajaan peralihan selepas Hasina melarikan diri.

Yunus berada di Perancis ketika pengumuman itu dibuat. Dia balik pada hari Khamis.

“Bangladesh telah memulakan hari kemenangan baharu. Kami perlu meneruskan. Kami berterima kasih kepada mereka yang melakukannya, mereka (pelajar) menyelamatkan negara,” kata Yunus selepas mendarat di Dhaka.

Bangladesh telah menyaksikan bantahan pelajar berskala besar sejak Julai menentang kuota pekerjaan perkhidmatan awam kontroversi yang mengorbankan lebih 400 orang.

Shahabuddin membubarkan Parlimen pada Selasa, yang dipilih pada Januari apabila Hasina menjadi perdana menteri buat kali keempat.

Pembangkang utama Parti Nasionalis Bangladesh (BNP) telah menuntut pilihan raya nasional dalam tempoh tiga bulan untuk menyerahkan kuasa kepada wakil rakyat.- Agensi