Wan Rosdy Wan Ismail

LIPIS – Mesyuarat UMNO Bahagian Cameron Highlands yang berlangsung  di Dewan Terbuka Laman Sejahtera di Sungai Koyan, Lipis hari ini merupakan bahagian yang terakhir mengadakan mesyuarat.

Sebanyak  191 keseluruhan telah selesai mengadakan mesyuarat.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pihaknya mengangguhkan mesyuarat bahagian tersebut ekoran keadaan kesihatannya tidak mengizinkan.

Beliau berterima kasih kepada semua pihak apabila mesyuarat UMNO Bahagian Cameron Highlands itu berjalan lancar.

“Terima kasih Presiden kerana telah membenarkan bahagian Cameron Highlands membuat penangguhan mesyuarat dan menjadi terakhir di dalam bahagian

”Penangguhan itu dibuat kerana keadaan saya masih kurang sihat. Ada banyak mesyuarat yang tidak dapat saya hadir,” katanya.

Dalam ucapannya, Wan Rosdy berkata, beliau berhasrat menambah sebanyak 40 lagi cawangan UMNO terutama di kawasan penempatan orang asli.

Sementara itu, Presiden UMNO, Datuk Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika berucap mengesahkan semua UMNO bahagian telah melaksanakan mesyuarat dengan muafakat tanpa sebarang insiden diingini.

”Seluruh 191 UMNO bahagian telah adakan mesyuarat dan tiada satu bahagian pun ada kerusi terbang.

”21,000 cawagan seluruh negara telah adakan mesyuarat agung tahunan dan tidak ada satu cawangan yang terbubar,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast