KUALA LUMPUR – Selepas lima tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Erynne Erynna mendedahkan sudah bercerai dengan suami, Afify Sazali.

Mengakui berdepan dengan ujian berat, Erynne atau Syazlynne Erynna Abdullah berkata, dia reda dengan takdir dan menganggap jodohnya bersama suami tidak panjang.

“Jikalau dulu saya share berita gembira pada tahun 2019 yang saya telah berkahwin, dan kini dengan dukacitanya saya ingin memaklumkan yang saya sudah bercerai dengan ex husband (bekas suami) saya.

“Sungguh, ini ujian yang amat berat. Akan tetapi, Allah duga dan beri ujian pada hamba hamba-Nya yang Dia sayang dan tidak akan menguji hamba-Nya lebih dari kemampuan,” tulisnya di akaun Instagram.

Walau bagaimanapun, dia dan suami akan menerusikan tanggungjawab membesarkan cahaya mata mereka bersama, iaitu Medinah.

Ex husband (bekas suami) saya adalah seorang bapa yang baik dan bertanggungjawab pada anak kami, Medinah dan kami akan cuba sebaik mungkin untuk menjadi ibu bapa yang baik kepada Medinah dan memberikannya kasih sayang yang dia berhak terima, InsyaAllah Amin..

Doakan yang baik baik untuk kami sekeluarga ya, dan kami juga mendoakan segala yang terbaik buat semua,” katanya lagi.

Erynne yang memulakan karier lakonan sejak berusia lapan tahun berkahwin dengan Afify Sazali pada 17 April 2019.

Cahaya mata mereka kini berusia empat tahun.- MalaysiaGazette