Dengan ketinggian 607 meter yang menghiasi pemandangan Masjidil Haram, Menara Jam Makkah ini menjadi mercu tanda bangunan keempat tertinggi di dunia dan ia boleh lihat dari kejauhan 13 kilometer.
Disaluti emas 24 karat pada jarum jam tersebut, terdapat satu lagi puncak menara setinggi 128 meter iaitu tujuh tingkat dengan tiga tingkat lagi membabitkan bulan sabit di atasnya setinggi 23 meter.
Diberi nama Abraj Al-Bait, kompleks hotel dan menara itu merupakan lokasi paling prestij dan berhampiran pintu masuk utama Masjidil haram iaitu Pintu King Abdul Aziz.
Tujuan pembinaan menara jam tersebut adalah memberikan perkiraan masa dan pengukuran kalender yang tepat di seluruh dunia serta merupakan pusat penyelidikan astronomi yang mampu menyumbang kemajuan sains dan teknologi.