Nyawa seorang lelaki hampir melayang selepas kenderaan serba guna (MPV) miliknya yang diparkir di bahu jalan dihempap pokok tumbang di Jalan Kapar, Batu 3, Klang, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pokok itu tumbang akibat hujan lebat hampir sejam melanda kawasan tersebut.