Sementera itu di Sabah, tiga pegawai penguat kuasa sebuah jabatan di negeri itu direman kerana disyaki menerima rasuah kira-kira RM120,000 bagi melindungi aktiviti penyeludupan rokok dan melepaskan barang penyeludupan.

Perintah reman selama lima hari sehingga 16 Ogos terhadap ketiga-tiga suspek lelaki berusia 30 hingga 40-an dikeluarkan Majistret Aslianlydia Asneh selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu pagi tadi.