Bekas Guru Bunuh Istiqomah Direman, Siasatan Di Bawah 302 KK #MGFlash

Bekas kekasih guru wanita, Allahyarham Istiqomah Mohd Rozi, direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes pembunuhan tragis lapan bulan lalu.

Suspek yang ditangkap di Chemor, Perak direman bagi membantu siasatan penemuan mayat Wanita dengan kepala dipenggal, kedua-dua tangan dan kaki dipotong, di Kampung Tanjung Rimau, Pulau Sebang, di Alor Gajah, Melaka Disember lalu.