KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan terima kasih kepada pakar dan staf tiga hospital yang merawat beliau.

Anwar menyampaikan penghargaan kepada pakar dan staf Hospital Serdang, Putrajaya dan Hospital Kuala Lumpur yang melakukan pemeriksaan kesihatan terhadap dirinya.

“Terima kasih kepada seluruh perawat, pakar dan staf perubatan Hospital Serdang, Putrajaya dan Hospital Kuala Lumpur (HKL). Alhamdulillah sihat,” kata Anwar ringkat di media sosial.

Bernama sebelum itu melaporkan tahap kesihatan Perdana Menteri berada dalam keadaan baik dan pada tahap yang optimum.

Perkara tersebut dimaklumkan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor menerusi satu kenyataan.

Anwar dilaporkan menjalani pemeriksaan kesihatan tahunan yang dikendalikan pasukan pakar perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang.

“Hasil pemeriksaan menunjukkan tahap kesihatan Perdana Menteri dalam keadaan baik dan berada pada tahap yang optimum,” menurut jabatan itu.

Kenyataan itu memaklumkan Perdana Menteri kekal bersemangat dan bertekad untuk terus memikul tanggungjawab bagi mengangkat darjat dan martabat negara ke peringkat tertinggi.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast