Tertuduh didakwa mengedar knabis dan mengambil dadah dihadapkan di Mahkamah Majistret Kuantan hari ini.

KUANTAN – Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas dua pertuduhan mengedar mengedar lebih 111 kilogram (kg)  kanabis dan menggunakan dadah jenis methamphetamine hari ini.

Bagaimanapun tertuduh, Mohd Nasir Hassan, 49, tidak merekodkan sebarang pengakuan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat.

Pendakwaan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aisyah Abdul Wahab.

Mohd Nasir yang berasal dari Rantau Panjang, Kelantan itu merupakan seorang penganggur mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa mengedar 111,663.51 kg dadah ketika berada di tepi jalan berhampiran sebuah medan selera di Sungai Ular di sini kira-kira pukul 9.45 pagi pada 1 Ogos lalu.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan jika sabit kesalahan, tertuduh berdepan hukuman mati atau penjara seumur hidup.

Jika tidak dihukum mati, tertuduh turut berdepan hukuman tidak kurang 12 sebatan.

Manakala pertuduhan kedua membabitkan penggunaan dadah jenis

Penganggur dituduh edar lebih 111 kg kanabis, sangkut methamphetamine

KUANTAN – Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di atas dua pertuduhan mengedar mengedar lebih 111 kilogram  kanabis dan  menggunakan dadah jenis methamphetamine hari ini.

Tertuduh, Mohd Nasir Hassan, 49, tidak merekodkan sebarang pengakuan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat.

Pendakwaan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aisyah Abdul Wahab.

Mohd Nasir Rantau Panjang merupakan seorang penganggur dari Kelantan mengangguk faham pertuduhan namun  tiada sebarang pengakuan direkodkan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa mengedar dadah 111,663.51 gram ketika berada di tepi jalan berhampiran sebuah medan selera di Sungai Ular di sini kira-kira jam 9.45 pagi 1, Ogos lalu.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Jika sabit kesalahan, tertuduh berdepan hukuman mati atau penjara seumur hidup.

Jika tidak dihukum mati, tertuduh turut berdepan hukuman tidak kurang 12 sebatan.

Manakala pertuduhan kedua membabitkan penggunaan dadah jenis methamphetamine di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan pukul 12.15 tengah hari pada tarikh yang sama.

Dia didakwa di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua dan wajib pengawasan tidak kurang dua tahun.

Mahkamah kemudian menetapkan kes sebutan semula pada 13 November ini untuk pertuduhan pertama pada 16 Oktober depan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast