Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang telah menahan seorang pegawai penguat kuasa kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM12,000 sebagai balasan untuk menutup satu kes rogol.

Menurut sumber, suspek lelaki yang berusia lingkungan 40-an telah ditahan kira-kira 10 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Pulau Pinang.

“Suspek dipercayai melakukan kesalahan tersebut sekitar tahun 2019 dan menerima rasuah kira-kira RM12,000 daripada seorang individu sebagai balasan untuk menutup satu kes rogol,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Mohd Fuad Bee Haji Basrah ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Katanya, suspek akan di bawa ke Mahkamah Negeri Perlis pagi esok untuk didakwa. – MalaysiaGazette