Kanak-Kanak Maut, Ibu Cedera Parah Kemalangan di Kuala Selangor #MGFlash

Seorang kanak-kanak perempuan maut manakala ibunya dan seorang lagi lelaki parah selepas sebuah kereta dinaiki bertembung lori satu tan di Kilometer (KM) 12, Jalan Kuala Selangor-Rawang, dekat Kampung Kuantan, jam 2.00 petang, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintendan Mohd Ambia Nordin Ketika dihubungi Malaysia Gazette berkata, kemalangan melibatkan kereta jenis Toyota Vios dan lori Toyota Dyna Hiace.