PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

SUBANG JAYA – Seorang paderi ditahan kerana disyaki melakukan amang seksual ke atas seorang seorang remaja di dalam bilik tidur sebuah gereja di Bandar Bukit Puchong, Selangor

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut pada jam 10.09 malam Isnin lalu daripada mangsa.

“Mangsa yang berusia 13 tahun itu menyatakan bahawa dia telah diganggu secara seksual fizikal oleh seorang lelaki tempatan yang bekerja sebagai paderi antara bulan Jun hingga Julai lalu.

“Siasatan lanjut polis mendapati suspek melakukan perbuatan terkutuk ke atas mangsa di dalam bilik tidur sebuah gereja yabg terletak di Bandar Bukit Puchong, Selangor,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Wan Azlan, bertindak atas aduan mangsa, polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Tambah beliau, hasil siasatan dan bertindak atas maklumat sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya menahan seorang lelaki berusia 27 tahun di sebuah restoran di Puchong, semalam.

Katanya, suspek akan direman untuk membantu siasatan. – MalaysiaGazette