Jenazah Allahyarham Muhammad Nidza Afham Mokhtar dibawa ke luar dari Hospital Shah Alam selepas urusan bedah siasat selesai.

SHAH ALAM – Bedah siasat jenazah Muhammad Nidza Afham Mokhtar yang ditemukan mati di Sungai Kelang selesai dalam tempoh empat jam.

Proses bedah siasat bermula pada pukul 11.30 pagi di Unit Perubatan Forensik Hospital Shah Alam

Jenazah kemudian dimandikan dan dikapankan dengan urusan terbabit selesai pada jamĀ  pukul 4.30 petang.

Allahyarham kemudian dibawa keluar dari Unit Perubatan Forensek Hospital Shah Alam kira-kira jam 5.03 petang ini.

MalaysiaGazette difahamkan jenazah yang sudah dituntut keluarga akan terus dibawa ke Masjid Puncak Alam untuk disolatkan sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Puncak Alam bagi pengebumian. – MalaysiaGazette