Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook

KUANTAN – Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kini  sudah mencapai 70.13 peratus sehingga Julai lalu, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Beliau optimis operasi ECRL dari Gombak ke Pantai Timur melalui Pahang, Terengganu dan Kelantan akan bermula awal 2027 kerana projek mengikut jadual.

“Perkembangan ECRL memang mengikut jadual. Setakat ini pembinaan di Kelantan, Terengganu. Kelantan pembinaan agak advance (ke hadapan).

”Yang masih di peringkat awal di Selangor iaitu 30 peratus tetapi jadual operasi ECRL bermula pada Januari 2027 iaitu dari Kota Bharu sampai ke Gombak akan siap menjelang akhir 2026,” katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis penutup Persidangan Antarabangsa Pelabuhan Kuantan (K-ICe) 2024 sempena 50 tahun Pelabuhan Kuantan di sini hari ini.

Menurutnya, landasan dari Gombak juga akan disiapkan seperti yang dirancang setahun selepas itu.

”Memang landasan menghubungkan Pelabuhan Klang ke Pantai Timur penting kerana ia sampai ke pelabuhan utama untuk pengangkutan kargo.

Ujarnya,  kargo adalah komponen penting dalam  ECRL kerana landasan dan infrastrukturnya bakal memberikan kelebihan kepada sektor perindustrian di Pantai Timur, khususnya di negeri Pahang.

Pahang mempunyai  lima stesen kargo yang akan dibina untuk memudahkan pergerakan kargo antara di kawasan perindustrian Pelabuhan Kuantan dan Pelabuhan Klang yang bakal menarik minat pelabur untuk mebuka kilang di sepanjang jajaran ECRL itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast