Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan

KUALA LUMPUR – Punca kematian Allahyarham Muhammad Nidza Afham Mokhtar “Pending Laboratory Investigation” dan tiada kecederaan fizikal.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, ia adalah keputusan bedah siasat Allahyarham yang dijalankan lebih kurang jam 11 pagi hingga 3 petang tadi di Hospital Shah Alam.

Artikel berkaitan: Bedah siasat jenazah Nidza Afham selesai

Mayat Nidza jalani bedah siasat 9 pagi esok, dikebumikan di Puncak Alam – Bapa

Muhammad Nidza baik, tak kedekut berkongsi ilmu – Rakan

Keluarga, rakan tunggu jenazah Muhammad Nidza di Masjid Puncak Alam

Muhammad Nidza Afham rancang untuk bertunang – Adik

Umi paling terkesan, kata kakak sulung Nidza Afham

Berikutan itu katanya, siasatan kematian Muhammad Nidza Afham diteruskan sebagai mati mengejut (SDR).

Justeru, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tampil membantu pihak polis dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis berhampiran. – MalaysiaGazette

Muhammad Nidza hilang selepas keluar joging