Erfahanie

SHAH ALAM – Ibu kepada Allahyarham Muhmamad Nidza Afham Mokhtar paling terkesan berikutan berita penemuan mayat penyanyi itu malam tadi.

Kakak sulung Muhmamad Nidza Afham, Irfahanie berkata, ibu mereka tinggal dengan allahyarham.

“Umi saya yang paling lemah buat masa ini sebab dia tinggal berdua dengan Afham. Saya sudah banyak kali tawar untuk emak tinggal bersama, duduk dengan saya tapi dia kata nak duduk dengan Afham dulu.

“Dia kata, Umi tak puas dengan anak-anak. Kalau duduk dengan Irfa nanti, Afham jadi segan. Eh, tak adalah kita adik beradik. Okay je. Macam itulah. Allah sudah aturkan,” kata Irfahanie.

Beliau ditemui di Unit Perubatan Forensik Hospital Shah Alam di sini menunggu hasil bedah siasat ke atas adiknya yang merupakan anak kelima daripada tujuh beradik.

Irfahanie berkata, mereka sekeluarga berharap hasil bedah siasat akan memberikan keputusan yang baik untuk mereka sekeluarga.

“Kita harap yang baik-baik, tidak ada apa yang sebenarnya sebab tak tahu keadaan jenazah bagaimana, ada kecederaan ke apa ke, memang kita harap yang baik-baik. …Sebenarnya dia tidak terseksa,” katanya dengan nada sedih.

Sementara itu, beliau berkata, jenazah allahyarham akan disembahyang dan dikebumikan di Puncak Alam di sini sebaik sahaja bedah siasat selesai.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast