Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor menahan 240 warga asing dan 19 warga tempatan atas pelbagai kesalahan dalam operasi di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Gelang Patah semalam dan kelmarin.

JOHOR BAHRU – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor menahan 240 warga asing dan 19 warga tempatan atas pelbagai kesalahan dalam operasi di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Gelang Patah semalam dan kelmarin.

Pengarah JIM Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, menerusi operasi di BSI seramai 169 warga asing dan 19 warga tempatan ditahan.

“Menerusi operasi di BSI seramai 169 warga asing dan 19 warga tempatan ditahan atas pelbagai kesalahan.

“Warga asing yang ditahan adalah 43 warga Indonesia, 33 warga Myanmar, 22 warga Bangladesh, 18 warga Pakistan serta 14 warga Singapura.

“Turut ditahan 10 warga China, lapan warga India, empat warga Vietnam, tiga warga Thailand dan tiga warga Kemboja selain masing-masing dua warga Nepal, Mesir, Korea dan Iran serta masing-masing seorang warga Syria, Nigeria dan Algeria,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, operasi di KSAB pula pihaknya menahan 80 warga asing dari Singapura, China, Bangladesh, Indonesia, India dan Itali manakala 88 warga asing dikenakan kompaun.

Katanya, semua yang ditahan itu dipercayai melakukan kesalahan bawah Seksyen 6(1)(c) dan 15(1)(c) Akta Imigresen 1956/63 (Akta 155) kerana tidak memiliki sebarang pas atau permit untuk berada di Malaysia dan tinggal lebih masa.

Tambahnya, mereka turut disiasat bawah Seksyen 56(1)(c) akta sama kerana menggunakan pas lawatan kerja sementara palsu selain Seksyen 56(e)(1) dan 56(1)(g) akta sama atas kesalahan membenarkan imigran haram tinggal di premis dan menghalang pegawai imigresen menjalankan tugas. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast