KUALA LUMPUR – Satu mayat ditemui dalam keadaan terapung di dalam sebuah longkang berhampiran kawasan perumahan Dillenia di Bukit Bandaraya, Shah Alam, Selangor hari ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan itu daripada orang awam kira-kira jam 6.30 petang.

Katanya, hasil siasatan di lokasi mendapati mangsa merupakan seorang perempuan namun identiti belum dapat dikenalpasti.

“Si mati ketika dijumpai hanya berpakaian baju dan seluar dalam serta keadaan mayat berulat.

“Pemeriksaan oleh Pihak Forensik Ibu Pejabat Kontinjen Selangor ke atas badan si mati mendapati tiada sebarang kesan pergelutan atau lain-lain kecederaan yang boleh menyebabkan kematian si mati,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Mohd Iqbal, mayat telah dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Shah Alam dan proses bedah siasat akan dijalankan esok bagi mengenal pasti punca kematian.

Tambahnya, buat masa ini siasatan diklasifikasikan di bawah laporan mati mengejut (Sudden Death Report – SDR).

Orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat berkaitan penemuan mayat wanita berkenaan diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Izzman Mohd Idrus di talian 013-4003355 untuk membantu siasatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast