Saluran berita Israel Channel 12 melaporkan ribuan rakyat Israel termasuk keluarga tebusan, berkumpul untuk memprotes mendesak kerajaan segera melaksanakan pertukaran tawanan dengan pihak Hamas sepanjang jalan Tel Aviv dan Haifa semalam.

TEL AVIV –  Saluran berita Israel Channel 12 melaporkan ribuan rakyat Israel termasuk keluarga tebusan, berkumpul untuk memprotes mendesak kerajaan segera melaksanakan pertukaran tawanan dengan pihak Hamas sepanjang jalan Tel Aviv dan Haifa semalam.

Ribuan penunjuk perasaan membawa sepanduk dalam perarakan ‘peluang terakhir’ di Tel Aviv sebagai peluang terakhir untuk pertukaran tawanan manakala ratusan orang berkumpul di Haifa untuk menuntut pembebasan tebusan. 

Protes itu berlangsung serentak dengan rundingan gencatan senjata Gaza yang sedang dijalankan di Doha, Qatar.

Rundingan tertutup itu melibatkan wakil tertinggi negara iaitu ketua perisikan Amerika Syarikat (AS), William Burns, ketua perisikan Mesir, Abbas Kamel, Perdana Menteri Qatar, Mohamed Bin Abdulrahman Jassim Al-Thani, dan Ketua Mossad Israel, David Barnea.

Perbincangan itu bertujuan untuk menghentikan konflik pembunuhan beramai-ramai Israel terhadap Gaza dan membawa pulang 115 tebusan Israel dan orang asing.

Keputusan untuk mengadakan perbincangan ini dilaksanakan selepas Iran kelihatan bersedia untuk menyerang Israel setelah pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh di Tehran pada 31 Julai lalu.

Tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Qatar, AS atau Mesir mengenai kemajuan rundingan itu dan sumber menyatakan bahawa perbincangan berjalan dengan konstruktif. 

Qatar memberitahu perbincangan akan disambung semula pada Jumaat sementara kumpulan penentang Hamas menekankan rundingan perlu mencapai pengunduran penuh tentera Israel dari Gaza yang terkepung dan kembalinya rakyat Palestin ke rumah mereka.

Hamas dalam kenyataan Rabu lalu menyatakan akan menyertai rundingan gencatan senjata dan pertukaran tebusan jika mendapat komitmen jelas daripada Israel mengenai pelaksanaan cadangan yang disokong Presiden AS, Joe Biden.

Masa untuk sembuhkan semula AS- Joe Biden

Terdahulu, Biden menyatakan Israel mengemukakan pelan tiga fasa yang akan menghentikan permusuhan di Gaza dan memastikan pembebasan tebusan yang ditahan di kawasan pantai tersebut.

Pelan tersebut termasuk gencatan senjata, pertukaran tebusan, dan pembinaan semula Gaza.

Namun Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan sekutunya telah berbulan-bulan berlengah-lengah atau cuba menggagalkan perjanjian yang disokong Biden.

Israel terus menyerang Gaza membunuh puluhan ribu rakyat Palestin, termasuk wanita dan kanak-kanak walaupun menghadapi kecaman antarabangsa atas tindakan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin. 

Berdasarkan kenyataan terkini dari pejabat Netanyahu terdapat empat isu utama yang perlu diselesaikan untuk memeterai perjanjian.

Antara isu utama yang ditekankan adalah keperluan untuk mekanisme yang menghalang rakyat Palestin bersenjata daripada melintasi Laluan Nitsarim dari Gaza tengah ke utara. 

Perunding Israel juga telah menyatakan syarat untuk menubuhkan mekanisme bagi memeriksa rakyat Palestin menyukarkan pencapaian perjanjian.

Menyanggah resolusi Majlis Keselamatan PBB yang menuntut gencatan senjata segera, Israel menghadapi kecaman antarabangsa atas pembunuhan beramai-ramai terhadap Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu. 

israel palestine conflict Archives - MalaysiaGazette

Israel telah membunuh lebih daripada 40,000 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dan mencederakan lebih 92,400 orang. 

Menurut PBB dan kajian dalam jurnal Lancet angka berkenaan mungkin lebih rendah dan jumlah kematian sebenar mungkin lebih tinggi.

Sekitar 45 doktor dan jururawat AS menjadi sukarelawan di Gaza mendakwa jumlah kematian mungkin telah melebihi 92,000, dan kajian menunjukkan ia boleh mencecah lebih daripada 186,000 orang. 

Selepas lebih 10 bulan serangan, Gaza masih hancur akibat sekatan yang melumpuhkan bekalan makanan, air bersih, dan ubat-ubatan. Israel kini menghadapi tuduhan genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa. – MalaysiaGazette