Speaker DUN Johor, Datuk Dr Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Kemenangan luar biasa Barisan Nasional (BN) jadi bukti rakyat Nenggiri bersedia mengubah cara.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, pengundi mahu BN mahu wakil rakyatnya yang baharu, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani atau Awie untuk menyelesaikan isu lama mereka.

“Awie, you can do it. Perikatan Nasional (PN) khususnya Pas tersalah langkah. (Tan Sri) Annuar Musa adalah liabiliti bukan aset. Dia patut buat soft landing dan tinggalkan cita-cita jadi calon,” katanya dalam kenyataan.

Puad mahu Annuar fokus kepada NGO diketuainya, Muafakat Nasional bagi menyatukan ummah.

“Pengajaran kepada Pas jangan guna katak UMNO untuk humiliate UMNO. Isu DAP tidak lagi berkesan. Nenggiri adalah medan terakhir memainkan isu DAP,” katanya. – MalaysiaGazette