KUANTAN – Sebanyak 28 laporan diterima polis terhadap Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa menyentuh isu agama, raja dan kaum (3R) ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di Gua Musang, Kelantan baru-baru ini.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, jumlah laporan itu direkodkan pihaknya setakat 17 Ogos.
“Kita hanya mengumpul laporan kerana kertas siasatan telah di buka di Selangor,” katanya, hari ini.
Sebelum ini, tular di media sosial ucapan bekas Perdana Menteri itu yang dikatakan menyentuh kewibawaan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-16. – MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN :
Muhyiddin tak patut heret Al-Sultan Abdullah untuk raih undi – Wan Rosdy
Tolong hormat raja saya – Tunku Azizah
Isu 3R: Tak sepatut keluar keluar dari mulut Muhyiddin – Fakhruddin