Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR – Pelabur asing menyalurkan semula dana sebanyak RM299.6 juta ke dalam Bursa Malaysia semula minggu lalu selepas jualan besar minggu sebelumnya.

Mereka hanya melakukan jualan bersih sebanyak RM74.3 juta pada hari Isnin tetapi menjadi pembeli bersih untuk sepanjang minggu.

Hari Jumaat merekodkan belian bersih sebanyak RM288.3 juta.

Tiga sektor teratas yang menjadi tarikan pelabur asing untuk buat belian minggu lepas ialah perkhidmatan kewangan (RM620.6 juta), telekomunikasi & media (RM93.9 juta) dan pengangkutan & logistik (RM40.8 juta).

Tiga sektor teratas yang dijual oleh pelabur asing ialah teknologi (-RM143.8 juta), hartanah (-RM113.3 juta) dan produk & perkhidmatan perindustrian (-RM100.7 juta).

Manakala pelabur institusi hanya membuat belian bersih pada hari Isnin sebanyak RM55.7 juta tetapi merupakan penjual bersih untuk sepanjang minggu.

Secara keseluruhan, pelabur institusi adalah penjual bersih berjumlah RM328.9 juta.

Pelabur runcit tempatan pula membeli RM29.3 juta ekuiti minggu lalu.

Purata volum dagangan harian (ADTV) menunjukkan penurunan merentas semua kelas pelabur.

Peruncit tempatan mencatatkan kemerosotan tertinggi –45.0%, manakala institusi tempatan dan pelabur asing masing-masing menyusut sebanyak –39.9% dan –43.5%. – MalaysiaGazette