Bangunan MBSB Bank.

KUALA LUMPUR- Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBSB Bhd., Rafe Haneef dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MBSB Bank berkuatkuasa hari ini.

Kumpulan MBSB dalam kenyataan berkata, Rafe akan menjalankan amanah tambahan di samping tugas asalnya sebagai CEO Kumpulan.

“Pelantikan Rafi sebagai peneraju kedua-dua entiti iaitu Kumpulan dan Bank akan memastikan pelaksanaan transformasi program FLIGHT26 akan mendapat manfaat langsung daripada pemantauan strategik serta kepimpinan beliau,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, Pengerusi Kumpulan MBSB, Datuk Wan Kamaruzaman Wan Ahmad berkata, pelantikan Rafe sebagai CEO MBSB Bank adalah langkah signifikan dalam melaksanakan progres yang telah dicapai.

“Pengalaman luasnya dalam perbankan Islam digabungkan dengan kepimpinan beliau adalah penting dalam memacu penambahbaikan kepada kami di beberapa bahagian utama seperti pertumbuhan CASA, penambahan ROE serta pembangunan portfolio untuk menarik segmen pelanggan berkualiti tinggi.

“Kami yakin, di bawah kepimpinan beliau, MBSB akan terus memberi nilai kepada pelanggan dan pemegang taruh terutamanya dalam memanfaatkan sinergi dengan MIDF dalam mengikuhkan kedudukan kami dalam pasaran,” katanya.

Rafe menyertai Kumpulan MBSB sejak 2023.-MalaysiaGazette