PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

KUALA LUMPR – Seorang lelaki luka dan lebam pada bahagian peha kira akibat digigit anjing di Taman Sri Mewah, Kemayan, Pahang

Ketua Polis Daerah Bera, Supt. Zulkiflee Nazir berkata, sisatan mendapati anjing tersebut tidak dikurung dan hanya diikat di hadapan rumah oleh pemiliknya yang merupakan jiran mangsa.

“Kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 289 Kanun Keseksaan dan pemilik anjing berkenaan telah dituduh pada 19 Ogos 2024 di bawah seksyen yang sama di mahkamah Majistret Temerloh,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Zulkiflee, individu yang dituduh di bawah seksyen itu boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-dua sekali.

Berikutan itu beliau menasihatkan orang ramai yang memelihara haiwan peliharaan agar mempunyai lesen daripada Majlis Daerah.

Mereka juga diingatkan supaya menjaga haiwan peliharaan mengikut prosedur yang ditetapkan seperti mengurung atau tidak membiarkan haiwan peliharaan berkeliaran bebas sehingga menimbulkan ketakutan dan mendatangkan kecederaan pada orang lain. – MalaysiaGazette